Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi
Hospital Sultanah Fatimah
Muar
Johor.
LANGKAH AWAL YANG PERLU ANDA LAKUKAN:
Jika anda pasangan muda dan sihat, anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda masih tidak hamil setelah mencuba selama 2 tahun. Tetapi jika anda berumur lebih dari 35 tahun, mungkin lebih baik anda berjumpa doktor setelah mencuba selama 6 bulan. Kadangkala ujian yang anda perlu lakukan sebelum menerima rawatan boleh mengambil masa yang lama. Umur adalah faktor yang penting dalam menentukan kejayaan rawatan dan lebih lama anda menanti, umur anda akan meningkat dan kejayaan rawatan mungkin akan menurun.
1)Pasangan wanita: Anda perlu mengambil ujian darah (progesterone) tujuh hari sebelum haid anda bermula untok memastikan ovari anda berupaya mengeluarkan telur. Ujian darah (FSH) pada hari kedua dapat menetukan samada hormon anda adalah dalam keadaan seimbang. Keseimbangan ini sangat diperlukan kerana FSH bertangung jawap merangsang pengeluaran telur.
Anda juga perlu memastikan status keimunan anda pada Rubella kerana, jika anda dijangkiti Rubella pada peringkat awal kandungan ia boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Selalunya doktor akan menasihatkan anda untuk melakukan ujian cervical (PAP) smear jika anda belum melakukanya.
2)Pasangan Lelaki: Anda perlu lakukan pemeriksaan sperma. Ujian ini dapat memastikan samada terdapat faktor lelaki didalam masalah ketidaksuburan. (Lihat glossary mengenai azoospermia, oligozoospermia dan teratozoospermia).
SETELAH LANGKAH AWAL:
Doktor anda perlu merujuk anda kepada doktor pakar jika kitaran haid anda kurang dari 21 hari atau lebih dari 35 hari, ovari anda gagal berovulasi atau anda punyai masalah ginekologi seperti endometriosis, infeksi pelvis atau pernah mendapat kandungan luar rahim. Rujukan juga perlu jika ujian sperma suami anda tidak normal.
MENCARI HOSPITAL ATAU KLINIK PAKAR IVF: Kebanyakan hospital samada hospital kerajaan atau swata di Malaysia masih dalam proses menyediakan perhidmatan tersebut. Terdapat juga hospital kerajaan seperti Hospital UKM dan beberapa klinik dan hospital swasta yang sudah memberi perhidmatan tersebut.
Apabila mencari Hospital atau Klinik Pakar, anda perlu menanya dua soalan berikut:
1)Berapa jumlah kitaran rawatan yang dilakukan setahun? Selalunya hospital atau klinik yang punyai banyak kitaran rawatan dalam setahun akan punyai kepelbagaian kemahiran dalam usaha membantu anda
2)Peratus kejayaan rawatan. Ini sangat penting kerana kejayaan rawatan adalah rendah walaupun dinegara barat.
DIKLINIK PAKAR: Anda mungkin memerlukan sebahagian dari ujian berikut yang terdapat diklinik pakar. Jumlah ujian yang perlu lakukan berbeza antara pesakit.
1. Ujian pemeriksaan ultrasound untok memastikan ovari dan rahim anda adalah normal. Ujian ini dapat mengesan fibroid, polyps, endometriosis dan ovarian cyst. (lihat glossary)
2. Ujian darah yang lebih teliti jika perlu
3. Hysterosalpingogram: ujian X-ray untuk memastikan saluran fallopian anda berfungsi
4. Laparoscope: suatu pembedahan kecil yang dilakukan untuk memastikan ovari, rahim dan juga memastikan saluran fallopian anda berfungsi. Ia dilakuakan dengan mengunakan satu tube yang flexible dan punyai camera kecil dimasukan melalui satu pembedahan kecil dibawah pusat.
5. Hysteroscope: Satu teropong kecil yang punyai kamera dimasukan kedalam rahim untuk memastikan keadaan sekeliling atau ruang rahim adalah normal. Jika terdapat polyps atau fibroid ia perlu dibersihkan sebelum rawatan IVF.
6. HyCoSy: Satu ujian sama seperti hysterosalpingogram yang digunakan untuk mengesan fungsi saluran falopian. Perbezaanya ialah ujian ini tidak melibatkan X-Ray dengan hanya mengunakan ultrasound.
7. Follicle tracking: Ujian ini dilakukan dengan mengunakan ultra sound untuk mengesan folikel didalam ovari bagi menentukan samada telur didalam folikel berkembang dengan sempurna.
8.Suami anda juga perlu dilakuan ujian sperma yang lebih teliti termasuk antibodi terhadap sperma.
Rawatan ketitaksuburan boleh memberi anda kesan emosi yang mendalam. Ini menjadi lebih sukar jika anda tidak mendapat simpati dari keluarga dan kawan. Anda perlu faham langkah yang anda perlu lalui.
1 comment:
Adakah diagnosis PGD ditawarkan di hospital kerajaan Malaysia? Setahu saya, TMC saja yang menawarkan diagnosis PGD. Thank you.
Post a Comment