PENGENALAN

Salam sejahtera,

Blog ini merupakan suatu blog matlumat dan penerangan mengenai infertiliti atau ketidaksuburan. Terdapat banyak matlumat-matlumat sama yang anda boleh perolehi di halaman web lain. Malah bagi tujuan ini, saya telah sertakan pautan-pautan yang anda boleh layari.

Tetapi adalah menjadi harapan saya supaya anda boleh berinteraksi dengan memberi pendapat mengenai sebarang matlumat yang anda perolehi dari blog ini serta berkongsi pengalaman anda masa lalu. Dengan berlakunya pertukaran pengalaman dan pendapat, sudah pastilah ia akan dapat membantu saya dan pasangan lain kelak.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak tanpa sebarang masalah ianya begitu mengembirakan, tetapi terdapat 1 dalam 7 pasangan yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan. Apabila ia terjadi, ia akan menjadi satu tamparan kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Adalah sangat penting untuk anda mendapat matlumat yang tepat supaya doktor pakar dapat menentukan rawatan yang sesuai untuk anda. Di harap blog ini dapat membantu.

Walaubagaimanapun anda perlu diingatkan bahawa matlumat di blog ini hanya sekadar membantu anda sahaja. Anda perlu merujuk kepada doktor pakar untuk merawat anda.

Selamat melayari blog ini.

Dr Suhaimi Hassan MD(UKM) MRCOG, MRCP
Pakar Perunding Ginekologi & Perubatan Reproduksi,
Centre for Assisted Reproduction,
Nottingham,
United Kingdom
www.carefertility.com


FACTS AND MYTHS

Myth: Selalunya pasangan wanita sahaja yang menghadapi masalah infertiliti
Fakta: Bagi pasangan yang mempunyai masalah infertiliti, 40% masalah adalah disebabkan faktor lelaki dan wanita bersama dan ada sebahagianya tidak diketahui punca sebenar.Tidak kira apapun puncanya, pasangan tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan perlu menghadapi bersama.


Myth: Rawatan IVF/ICSI hanya untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
Fakta: Rawtan IVF/ICSI juga digunakan oleh pasangan normal yang tidak mempunyai masalah ketidaksuburan. Antaranya bagi mereka yang mempunyai penyakit keturunan seperti thalassemia melalui proses preimplantation genetic diagnosis.


Myth: Anda gagal sebagai wanita kerana tidak boleh mendapatkan zuriat.
Fakta: Mendapat zuriat tidak bermakna sesaorang itu berjaya dalam hidup dan sebaliknya tidak bermakna pasangan wanita gagal jika tiada zuriat. ANDA PELU MENGHAYATI FAKTA INI.


Myth: Men are less upset by infertility than women
Fact : Big boys dont cry! Men often show less emotion.
Don't make mistake of thinking that men with fertility
problems are not experiencing the same upsetting
emotions that women are.

BERMULA DENGAN LOUISE BROWN.........

HANYA SATU SPERMA DAN TELUR DIPERLUKAN UNTUK DISATUKAN MENJADI ZURIAT.....tetapi ia amat sukar bagi mereka yang mempunyai masalah!

Kelahiran Louise Brown melalui proses Persenyawaan Luar Rahim (IVF) pada 1987 telah membuka lembaran baru dalam dunia perubatan reproduksi. Sejak itu teknik teknik rawatan reproduksi telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Ini diikuti dengan teknik rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) pada tahun 1992 di Belgium bagi pasangan lelaki yang punyai masalah sperma.

Diakhir tahun 90han pula teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) mula berkembang di Britain untuk mengesan dan merawat pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.

Dan akhir sekali pada awal tahun 2000 di Denmark dan Canada, rawatan In Vitro Maturation (IVM) yang berpotensi untuk memberi rawatan reproduksi yang lebih selamat dan murah mula diperkenalkan. Walaubagaimanapun teknik ini masih baru dan memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Pada awal tahun 2007, Louise Brown pula menjadi ibu tanpa sebarang rawatan. Ini juga membuktikan bahawa rawatan teknologi reproduksi berpotensi untuk memberi kesinambungan zuriat antara generasi.......

Sunday, April 13, 2008

Kehamilan Bagi Wanita Berumur

Dr Suhaimi Hassan

Setiap tahun di UK terdapat 12000 wanita hamil apabila berumur lebih dari 40 tahun. Jika mereka sudah berumur tetapi sihat, maka tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh menjadi hamil. Tetapi perlu dingat bahawa komplikasi semasa hamil adalah tinggi jika wanita sudah berumur.

Kemungkinan menjadi hamil adalah berkurangan jika wanita berumur lebih dari 40 tahun. Ini adalah disebabkan telur-telur yang terdapat di ovari adalah berkurangan dan punyai kualiti yang menurun.

Data data kejayaan kehamilan dari HFEA, UK dari tahun 1991-2004 bagi wanita yang alami rawatan IVF apabila berumur lebih dari 40 tahun adalah seperti berikut:

Umur Wanita/Kadar Lahir hidup (Live birth rate)
40 tahun 10.2%
41 tahun 7.8%
42 tahun 5.7%
43 tahun 3.8%
44 tahun 2.5%
45 tahun 1.9%
Ini adalah data data dari UK dan anda perlu berbincang dengan doktor di klinik anda untuk mengetahui kadar tempatan.

Selain dari kemungkinan kehamilan yang rendah, wanita berumur juga mempunyai risiko kecacatan kromosom (chromosomal abnormalities). Kemungkinan mendapat kandungan Sindrom Down adalah seperti berikut.

Umur wanita/Kemungkinan Sindrom Down
35 tahun 1 dalam 365
40 tahun 1 dalam 100
45 tahun 1 dalam 30

Wanita golongan ini juga mempunyai kemungkinan kelahiran mati (stillborn) adalah tinggi. Keguguran juga mudah terjadi. Bagi mereka berumur 35-45 tahun kemungkinan keguguran adalah dalm lingkungan 20-35% dan mereka yang berumur lebih dari 45 tahun kemungkinan keguguran adalah 50%.

Semasa hamil wanita berumur juga mempunyai masalah perubatan seperti darah tinggi, diabetes, kandungan tidak cukup bulan, perdarahan selepas bersalin, thromboembolism dan kadar kematian 5 kali lebih ganda jika dibanding dengan wanita berumur bawah dari 40 tahun. Mereka juga berkemungkinan mengalami kelahiran secara Forcep atau Pembedahan Caesarean.

Wanita yang berumur, adalah baik berbincang dengan doktor jika anda ingin mencuba untuk menambahkan jumlah keluarga. Anda perlu faham akan risiko yang anda akan alami.

2 comments:

Ky Boutique Perfume said...

Dr. Assalamualaikm..
Saya ada soak an nak Tanya tentang bank sperm, do u hv Facebook? My Facebook is Rusdi Yana pliz at me if u hv Facebook tq so much

Ky Boutique Perfume said...

Assalamualaikum doc, I hv a few questions about the bank sperm , if u hv Facebook pliz add me at my Fb Rusdi Yana tq so much