PENGENALAN

Salam sejahtera,

Blog ini merupakan suatu blog matlumat dan penerangan mengenai infertiliti atau ketidaksuburan. Terdapat banyak matlumat-matlumat sama yang anda boleh perolehi di halaman web lain. Malah bagi tujuan ini, saya telah sertakan pautan-pautan yang anda boleh layari.

Tetapi adalah menjadi harapan saya supaya anda boleh berinteraksi dengan memberi pendapat mengenai sebarang matlumat yang anda perolehi dari blog ini serta berkongsi pengalaman anda masa lalu. Dengan berlakunya pertukaran pengalaman dan pendapat, sudah pastilah ia akan dapat membantu saya dan pasangan lain kelak.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak tanpa sebarang masalah ianya begitu mengembirakan, tetapi terdapat 1 dalam 7 pasangan yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan. Apabila ia terjadi, ia akan menjadi satu tamparan kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Adalah sangat penting untuk anda mendapat matlumat yang tepat supaya doktor pakar dapat menentukan rawatan yang sesuai untuk anda. Di harap blog ini dapat membantu.

Walaubagaimanapun anda perlu diingatkan bahawa matlumat di blog ini hanya sekadar membantu anda sahaja. Anda perlu merujuk kepada doktor pakar untuk merawat anda.

Selamat melayari blog ini.

Dr Suhaimi Hassan MD(UKM) MRCOG, MRCP
Pakar Perunding Ginekologi & Perubatan Reproduksi,
Centre for Assisted Reproduction,
Nottingham,
United Kingdom
www.carefertility.com


FACTS AND MYTHS

Myth: Selalunya pasangan wanita sahaja yang menghadapi masalah infertiliti
Fakta: Bagi pasangan yang mempunyai masalah infertiliti, 40% masalah adalah disebabkan faktor lelaki dan wanita bersama dan ada sebahagianya tidak diketahui punca sebenar.Tidak kira apapun puncanya, pasangan tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan perlu menghadapi bersama.


Myth: Rawatan IVF/ICSI hanya untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
Fakta: Rawtan IVF/ICSI juga digunakan oleh pasangan normal yang tidak mempunyai masalah ketidaksuburan. Antaranya bagi mereka yang mempunyai penyakit keturunan seperti thalassemia melalui proses preimplantation genetic diagnosis.


Myth: Anda gagal sebagai wanita kerana tidak boleh mendapatkan zuriat.
Fakta: Mendapat zuriat tidak bermakna sesaorang itu berjaya dalam hidup dan sebaliknya tidak bermakna pasangan wanita gagal jika tiada zuriat. ANDA PELU MENGHAYATI FAKTA INI.


Myth: Men are less upset by infertility than women
Fact : Big boys dont cry! Men often show less emotion.
Don't make mistake of thinking that men with fertility
problems are not experiencing the same upsetting
emotions that women are.

BERMULA DENGAN LOUISE BROWN.........

HANYA SATU SPERMA DAN TELUR DIPERLUKAN UNTUK DISATUKAN MENJADI ZURIAT.....tetapi ia amat sukar bagi mereka yang mempunyai masalah!

Kelahiran Louise Brown melalui proses Persenyawaan Luar Rahim (IVF) pada 1987 telah membuka lembaran baru dalam dunia perubatan reproduksi. Sejak itu teknik teknik rawatan reproduksi telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Ini diikuti dengan teknik rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) pada tahun 1992 di Belgium bagi pasangan lelaki yang punyai masalah sperma.

Diakhir tahun 90han pula teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) mula berkembang di Britain untuk mengesan dan merawat pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.

Dan akhir sekali pada awal tahun 2000 di Denmark dan Canada, rawatan In Vitro Maturation (IVM) yang berpotensi untuk memberi rawatan reproduksi yang lebih selamat dan murah mula diperkenalkan. Walaubagaimanapun teknik ini masih baru dan memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Pada awal tahun 2007, Louise Brown pula menjadi ibu tanpa sebarang rawatan. Ini juga membuktikan bahawa rawatan teknologi reproduksi berpotensi untuk memberi kesinambungan zuriat antara generasi.......

Sunday, March 2, 2008

Memilih Jantina Anak Anda!!!

Dr Suhaimi Hassan

Secara statistik, kemungkinan mempunyai anak lelaki atau perempuan dalam kandungan adalah dalam kadar 50%. Tetapi secara praktik, terdapat 102 hingga 106 anak lelaki yang dilahirkan bagi setiap 100 anak perempuan. Tidak pula diketahui sebabnya kenapa lebih anak lelaki yang dilahirkan dari anak perempuan?

Buat masa ini terdapat ujian ujian perubatan yang hampir tepat yang boleh memberi peluang kepada pasangan menentukan jantina didalam kandungan. Bagaimanapun memilih jantina boleh mengundang kontroversi terutama jika ia tidak punyai kaitan dengan isu perubatan. Pemilihan jantina seperti ini adalah disebabkan faktor faktor seperti

-keinginan mempunyai keseimbangan anak anak perempuan dan lelaki dalam keluarga yang di panggil ‘family balancing’

-keinginan mendapat anak dari jantina yang sama akibat kematian anak kesayangan

-akibat masalah sosio-budaya dan ekonomi dimana anak dari satu jantina dianggap lebih penting.

Pemilihan jantina tanpa sebab sebab perubatan boleh juga menyebabkan perubahan pada demografik kependudukan sesebuah negara. Jika pemilihan jantina tidak dibataskan akibatnya satu jantina akan melebehi dari satu jantina yang lain. Ini berkemungkinan akan mengakibatkan masalah sosial dan ekonomi pada masa akan datang walaupun ia belum lagi dibuktikan.

Kebanyakan negara seperti di UK dan banyak negara di Eropah tidak membenarkan pemilihan jantina dilakukan tanpa sebab sebab perubatan. Malaysia boleh juga mengambil langkah yang sama dengan pengharaman pemilihan jantina jika tidak mempunyai sebab sebab kesihatan. Bagaimanapun di Amerika Syarikat dan Eropah Timur prosedur ini boleh dilakukan.

Pemilihan jantina boleh dilakukan jika ia punyai sebab sebab perubatan. Terdapat banyak penyakit penyakit keturunan seperti Haemophilia dan Duchene Muscular Dystrophy yang mana hanya terjadi pada anak lelaki. Anak anak peremuan dari pasangan yang punyai penyakit keturunan ini adalah normal atau hanya menjadi pembawa penyakit, tetapi adalah sihat. Sudah pastilah pasangan yang mempunyai penyakit keturunan seperti ini inginkan anak perempuan untuk mengelakkan dari mendapat penyakit.

Jantina kandungn ditentukan semasa proses fertilisasi berlaku antara sperma dengan telur. Sperma mempunyai kromosom X atau Y dan semasa fertilisasi dengan telur, yang mempunyai kromosom X, proses fertilisasi ini akan menghasilkan samada embrio lelaki (XY) atau perempuan (XX).

Terdapat beberapa teknik perubatan dapat dilakukan untuk memilih jantina.

1)Teknik Ericsson
Teknik ini sangat mudah dan melibatkan proses centrifugation dimana sperma sperma X di asingkan dengan sperma Y. Sperma yang telah dipisahkan mengikut kromosom X atau Y akan dimasukan kedalam rahim melalui kaedah permanian hadas atau Intra Uterine Insemination (IUI). Keberkesanan teknik ini dilapurkan dari 0% hingga ke 60% kejayan dalam menentukan jantina.

2)Microsort (http://www.microsort.net/)
Teknik ini masih dalam kajian di Amerika dan merupakan modifikasi dari Teknik Ericcson. Ia melibatkan analisa sperma melaui teknologi DNA dimana Sperma X dipisahkan dari Sperma Y. Sperma yang dipisahkan akan difertilisasikan melalui kaedah IVF/ICSI. Teknik ini dapat meningkatkan Sperma X sehingga 88% didalam suatu sampel sperma dan sehingga 73% bagi Sperma Y.

3)Proses Pre-implantation Genetic Diagnosis (Sila lihat Artikel Yang Lepas)
Proses ini adalah lebih tepat didalam menentukan kejayaan dalam penentuan jantina.


Kebanyakan Pakar Perubatan tidak mengalakkan pemilihan jantina kerana mengangapnya tidak beretika. Kaedah ini hanya sesuai untuk mengelakkan dari penyakit keturunan.

No comments: