PENGENALAN

Salam sejahtera,

Blog ini merupakan suatu blog matlumat dan penerangan mengenai infertiliti atau ketidaksuburan. Terdapat banyak matlumat-matlumat sama yang anda boleh perolehi di halaman web lain. Malah bagi tujuan ini, saya telah sertakan pautan-pautan yang anda boleh layari.

Tetapi adalah menjadi harapan saya supaya anda boleh berinteraksi dengan memberi pendapat mengenai sebarang matlumat yang anda perolehi dari blog ini serta berkongsi pengalaman anda masa lalu. Dengan berlakunya pertukaran pengalaman dan pendapat, sudah pastilah ia akan dapat membantu saya dan pasangan lain kelak.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak tanpa sebarang masalah ianya begitu mengembirakan, tetapi terdapat 1 dalam 7 pasangan yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan. Apabila ia terjadi, ia akan menjadi satu tamparan kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Adalah sangat penting untuk anda mendapat matlumat yang tepat supaya doktor pakar dapat menentukan rawatan yang sesuai untuk anda. Di harap blog ini dapat membantu.

Walaubagaimanapun anda perlu diingatkan bahawa matlumat di blog ini hanya sekadar membantu anda sahaja. Anda perlu merujuk kepada doktor pakar untuk merawat anda.

Selamat melayari blog ini.

Dr Suhaimi Hassan MD(UKM) MRCOG, MRCP
Pakar Perunding Ginekologi & Perubatan Reproduksi,
Centre for Assisted Reproduction,
Nottingham,
United Kingdom
www.carefertility.com


FACTS AND MYTHS

Myth: Selalunya pasangan wanita sahaja yang menghadapi masalah infertiliti
Fakta: Bagi pasangan yang mempunyai masalah infertiliti, 40% masalah adalah disebabkan faktor lelaki dan wanita bersama dan ada sebahagianya tidak diketahui punca sebenar.Tidak kira apapun puncanya, pasangan tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan perlu menghadapi bersama.


Myth: Rawatan IVF/ICSI hanya untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
Fakta: Rawtan IVF/ICSI juga digunakan oleh pasangan normal yang tidak mempunyai masalah ketidaksuburan. Antaranya bagi mereka yang mempunyai penyakit keturunan seperti thalassemia melalui proses preimplantation genetic diagnosis.


Myth: Anda gagal sebagai wanita kerana tidak boleh mendapatkan zuriat.
Fakta: Mendapat zuriat tidak bermakna sesaorang itu berjaya dalam hidup dan sebaliknya tidak bermakna pasangan wanita gagal jika tiada zuriat. ANDA PELU MENGHAYATI FAKTA INI.


Myth: Men are less upset by infertility than women
Fact : Big boys dont cry! Men often show less emotion.
Don't make mistake of thinking that men with fertility
problems are not experiencing the same upsetting
emotions that women are.

BERMULA DENGAN LOUISE BROWN.........

HANYA SATU SPERMA DAN TELUR DIPERLUKAN UNTUK DISATUKAN MENJADI ZURIAT.....tetapi ia amat sukar bagi mereka yang mempunyai masalah!

Kelahiran Louise Brown melalui proses Persenyawaan Luar Rahim (IVF) pada 1987 telah membuka lembaran baru dalam dunia perubatan reproduksi. Sejak itu teknik teknik rawatan reproduksi telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Ini diikuti dengan teknik rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) pada tahun 1992 di Belgium bagi pasangan lelaki yang punyai masalah sperma.

Diakhir tahun 90han pula teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) mula berkembang di Britain untuk mengesan dan merawat pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.

Dan akhir sekali pada awal tahun 2000 di Denmark dan Canada, rawatan In Vitro Maturation (IVM) yang berpotensi untuk memberi rawatan reproduksi yang lebih selamat dan murah mula diperkenalkan. Walaubagaimanapun teknik ini masih baru dan memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Pada awal tahun 2007, Louise Brown pula menjadi ibu tanpa sebarang rawatan. Ini juga membuktikan bahawa rawatan teknologi reproduksi berpotensi untuk memberi kesinambungan zuriat antara generasi.......

Sunday, February 24, 2008

Pre-Implantation Genetic Diagnosis (PGD)

Dr Suhaimi Hassan

Salah satu 'myth' mengenai rawatan IVF adalah ianya hanya sesuai untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidak suburan. Sebenarnya ianya juga sesuai untuk pasangan yang tidak mempunyai masalah ketidak suburan seperti mereka yang mempunyai masalah penyakit keturunan. (sila lihat dibawah antara penyakit yang telah dirawat dengan kaedah PGD)

Ada pasangan yang mempunyai penyakit keturunan atau pembawa penyakit keturunan seperti cystic fibrosis, thalassemia, haemophilia dan achondroplasia, yang boleh dibawa kepada zuriat. Akibatnya anak anak juga berkemungkinan akan mengidap penyakit sama seperti mereka.

Sebelum teknologi PGD bermula, salah satu cara untuk mengelakan penyakit keturunan yang boleh membawa maut pada zuriat ialah dengan mengelakkan dari mengandung. Satu lagi cara lain ialah dengan meneruskan kandungan sambil melakukan ujian amniosentesis atau chorionic villus sampling pada peringkat awal kandungan dari 11 hingga 16 minggu. Ujian ini melibatkan satu suntikan diperut yang bertujuan mengambil air mentuban atau mengambil sel sel chorion (sel-sel uri diperingkat awal). Sel sel tersebut akan dikulturkan sebelum dianalisakan dengan kaedah genetik untuk menentukan samada anak didalam kandungan sihat. Ujian ujian ini boleh menyebabkan keguguran(0.5%) pada kandungan apatah lagi jika kandungan itu adalah sihat. Jika keputusan ujian menunjukan bayi dalam kandungan mempunyai penyakit keturunan, maka ibu terpaksa mengugurkan kandungan. Ia boleh memberi kesan emosi yang teruk. Bagi masyarakat yang tidak boleh melakukan pengguran ia amat menyulitkan.

Kaedah PGD dilakukan sebelum implantasi embrio (kandungan) berlaku. Jadi ia dapat mengelakkan pasangan daripada melakukan penguguran dan dapat juga mengelakkan tekanan emosi akibat punyai kandungan abnormal.

Untuk pasangan melalui ujian PGD, mereka perlu melalui proses rawatan IVF walaupun mereka tidak punyai masalah ketidaksuburan. Proses ini melibatkan pasangan wanita menerima suntikan ubat untuk merangsang ovari menghasilkan telur telur yang matang. Telur yang matang akan disenyawakan dengan sperma untuk menghasilkan embrio dipiring kultur. Embrio yang terhasil akan mula membahagi kepada sel sel blastomere. Pada hari ketiga embrio dijangka punyai antara 5 hingga 10 sel sel blastomere.

Dalam proses PGD salah satu dari sel blasomere pada embrio akan diambil melalui satu proses manipulasi injeksi mikro yang rumit. Sel blastomere tersebut akan dianalisa melalui proses genetik. Dengan kaedah ini, embrio embrio yang normal dapat dikesan. Dua embrio yang normal boleh di pindahkan kedalam rahim untuk implantasi. Embrio selebihnya yang normal boleh dibekukan untuk kegunaan akan datang. Bagi embrio embrio yang punyai penyakit keturunan setelah diuji, ia tidak digunakan. Jadi penyakit keturunan dapat dielakkan

Ujian PGD juga punyai risiko tertentu. Proses mikromanupulasi embrio boleh merosakkan embrio yang diuji (0.5%). Kadang kadang embrio yang diuji tidak memberi apa apa signal genetik, maka embrio tersebut tidak sesuai diguna (5%). Kadang kadang diagnosa adalah tidak tetap. Sehingga kini terdapat 7 kes seluruh dunia yang dilapurkan dimana diagnosis genetik tidak tepat.

Kemungkinan berjaya dalam rawatan adalah dalam lingkunan 30%. Kejayaan rawatan PGD bergantung pada beberapa faktor seperti umur pasangan wanita serta faktor fertiliti.

Antara penyakit yang boleh dilakukan ujian PGD:

Achondroplasia
Alpha Thalassemia
Alzheimer (early onset)
Beta Thalassemia
Charcot Marie Tooth Neuropathy
Cystic Fibrosis
Duchenne Muscular Dystrophy
Familial Adenomatous Polyposis
Fanconi Anemia
Gaucher Disease
Haemophilia A & B
Neurofibromatosis
Osteogenis Imperfecta
Polycystic Kidney Disease
Sickle cell
Spinal Muscular Atrophy
Tay Sachs
Tuberous Sclerosis

Dan lain lain lagi (sehingga ini terdapat lebih dari 40 penyakit yang boleh diuji)

No comments: