PENGENALAN

Salam sejahtera,

Blog ini merupakan suatu blog matlumat dan penerangan mengenai infertiliti atau ketidaksuburan. Terdapat banyak matlumat-matlumat sama yang anda boleh perolehi di halaman web lain. Malah bagi tujuan ini, saya telah sertakan pautan-pautan yang anda boleh layari.

Tetapi adalah menjadi harapan saya supaya anda boleh berinteraksi dengan memberi pendapat mengenai sebarang matlumat yang anda perolehi dari blog ini serta berkongsi pengalaman anda masa lalu. Dengan berlakunya pertukaran pengalaman dan pendapat, sudah pastilah ia akan dapat membantu saya dan pasangan lain kelak.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak tanpa sebarang masalah ianya begitu mengembirakan, tetapi terdapat 1 dalam 7 pasangan yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan. Apabila ia terjadi, ia akan menjadi satu tamparan kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Adalah sangat penting untuk anda mendapat matlumat yang tepat supaya doktor pakar dapat menentukan rawatan yang sesuai untuk anda. Di harap blog ini dapat membantu.

Walaubagaimanapun anda perlu diingatkan bahawa matlumat di blog ini hanya sekadar membantu anda sahaja. Anda perlu merujuk kepada doktor pakar untuk merawat anda.

Selamat melayari blog ini.

Dr Suhaimi Hassan MD(UKM) MRCOG, MRCP
Pakar Perunding Ginekologi & Perubatan Reproduksi,
Centre for Assisted Reproduction,
Nottingham,
United Kingdom
www.carefertility.com


FACTS AND MYTHS

Myth: Selalunya pasangan wanita sahaja yang menghadapi masalah infertiliti
Fakta: Bagi pasangan yang mempunyai masalah infertiliti, 40% masalah adalah disebabkan faktor lelaki dan wanita bersama dan ada sebahagianya tidak diketahui punca sebenar.Tidak kira apapun puncanya, pasangan tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan perlu menghadapi bersama.


Myth: Rawatan IVF/ICSI hanya untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
Fakta: Rawtan IVF/ICSI juga digunakan oleh pasangan normal yang tidak mempunyai masalah ketidaksuburan. Antaranya bagi mereka yang mempunyai penyakit keturunan seperti thalassemia melalui proses preimplantation genetic diagnosis.


Myth: Anda gagal sebagai wanita kerana tidak boleh mendapatkan zuriat.
Fakta: Mendapat zuriat tidak bermakna sesaorang itu berjaya dalam hidup dan sebaliknya tidak bermakna pasangan wanita gagal jika tiada zuriat. ANDA PELU MENGHAYATI FAKTA INI.


Myth: Men are less upset by infertility than women
Fact : Big boys dont cry! Men often show less emotion.
Don't make mistake of thinking that men with fertility
problems are not experiencing the same upsetting
emotions that women are.

BERMULA DENGAN LOUISE BROWN.........

HANYA SATU SPERMA DAN TELUR DIPERLUKAN UNTUK DISATUKAN MENJADI ZURIAT.....tetapi ia amat sukar bagi mereka yang mempunyai masalah!

Kelahiran Louise Brown melalui proses Persenyawaan Luar Rahim (IVF) pada 1987 telah membuka lembaran baru dalam dunia perubatan reproduksi. Sejak itu teknik teknik rawatan reproduksi telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Ini diikuti dengan teknik rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) pada tahun 1992 di Belgium bagi pasangan lelaki yang punyai masalah sperma.

Diakhir tahun 90han pula teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) mula berkembang di Britain untuk mengesan dan merawat pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.

Dan akhir sekali pada awal tahun 2000 di Denmark dan Canada, rawatan In Vitro Maturation (IVM) yang berpotensi untuk memberi rawatan reproduksi yang lebih selamat dan murah mula diperkenalkan. Walaubagaimanapun teknik ini masih baru dan memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Pada awal tahun 2007, Louise Brown pula menjadi ibu tanpa sebarang rawatan. Ini juga membuktikan bahawa rawatan teknologi reproduksi berpotensi untuk memberi kesinambungan zuriat antara generasi.......

Thursday, December 13, 2007

GLOSSARY

GLOSSARY INI AKAN SENTIASA DIKEMAS KINI DARI MASA KE MASA


Azoosspermia
Cairan mani yang tidak punyai sperma

Bayi Tabung Uji
Bayi yang dilahirkan oleh wanita hasil dari persenyawaan telurnya dengan sperma suaminya diluar tubuh wanita itu.

Blastocyst
Embrio yang telah berumur lebih dari 5 hari selepas persenyawaan. Jika embrio dapat bertahan didalm kultur media sehingga ke peringkat blastocyst, ia berkemungkinan punyai potensi untuk terus hidup apabila dilakukan pemindahan kedalam uterus.

Blastomere
Sila ke blastocyst dan embrio

Embrio
Setelah persenyawaan antara sperma dan telur, embrio terhasil yang kemudianya mula membahagi kepada sel sel kecil dipanggil blastomere. Pada hari kedua selepas persenyawaan, embrio terdiri dari 2 hingga 5 sel blastomere dan pada hari ketiga terdapat antara 5 hingga 12 sel sel blastomere.

Embryo replacement (Pemindahan embrio)
Ini adalah satu langkah terakhir dalam rawatan IVF. Proses ini mudah tetapi amat penting dan memerlukan kepakaran khas bagi menetukan kejayaan rawatan IVF. Satu atau dua embrio dalam cecair media kultur akan dimasukan kedalam catether(tiub) halus yang kemudianya dipindahkan kedalam uterus dengan bantuan ultrasound.

Endometriosis

Fibroid

ICSI (Intracytoplasmic sperm injection)
Teknik persenyawaan yang dilakukan dengan cara menyuntik sperma kedalam telur. Teknik ini sesuai untuk pasangan lelaki yang punyai sperma yang tidak normal.

IVF(Persenyewaan Luar Rahim)
Persenyawaan yang berlaku didalm vitro atau 'tabung uji'. Sperma lelaki di campurkan dengan telur wanita didalam piring makmal yang punyai media kuktur. Setelah persenyawaan berlaku, embrio terhasil akan dipindahkan ke dalam rahim pasangan wanita.

Oligozoospermia
Keadaan dimana cairan mani punyai sperma yang berkurangan. Jika piawai WHO digunakan, jumlah sperma adalah kurang dari 20 juta per ml cairan mani.

Pembekuan embrio (Embryo freezing)
Setelah dilakukan pemindahan embrio, 50% dari pasangan yang mendapat rawatan IVF akan punyai embrio berlebihan. Jika kualiti embrio sangat baik, ia boleh dibekukan untuk kegunaan akan datang. Ia boleh dibekukan untuk beberapa tahun tanpa punyai apa apa masalah untuk kegunaan akan datang.

PGD (Preimplantation Genetic Diagnosis)
Teknik ini diguna untuk mengesan penyakit genetik atau keturunan. Ia dilakukan dengan mengambil satu sel(blastomere)dari embrio dan kemudianya diperiksa samada embrio tersebut normal untuk di letakan kedalam rahim. Ia juga boleh digukan untuk menentukan jantina bayi yang akan dilahirkan kelak.

Teratozoospermia
Keadaan dimana jumlah sperma yang berbentuk normal dalam cairan mani kurang dari 5%. Majoriti sperma dalam cairan mani berbentuk abnormal. Paras 5% digunakan untuk menentukan samada pasangan lelaki memerlukan rawatan ICSI.

Thawing
Proses yang dilakukan untuk 'mencairkan' embrio yang telah dibekukan sebelum digunakan kelak. Hanya 60% sahaja embrio yang telah dibekukan sesuai digunakan.

3 comments:

Anonymous said...

Doktor,

Bagaimanakah caranya untuk meningkatkan jumlah dan kualiti sperma?
Bagi yg menghadapi mslah kuarng sperma, blh kah sy mengandung secara natural?

Anonymous said...

Kualiti sperma ada 3 parameter penting yang diukur ie jumlah, motiliti dan morfologi atau bentuk bentuk sperma. Terdapat juga parameter lain seperti infeksi dan kehadiran antibodi terhadap sperma yang akan menentukan kebarangkalian puan mengandung.

Jika parameter tersebut abnormal kemungkinan puan mengandung tanpa rawatan adalah tipis.

Unknown said...

salam doktor,

Saya pernah melakukan ivf-isci kali pertama dan berjaya. anak dh berusia 3 tahun. kemudian sambung fet fail sbb embriologist kata sbb masih breasfeding dan memg masih breasfeeding ketika itu. sebulan kemudian sambung fet fail sbb kandungan luar rahim...saya pun x tau kenapa. dan adakah harapan lagi untuk saya buat fet ini sbb rasa mcm takut untuk mencuba lgi

sekian terima kasih.