PENGENALAN

Salam sejahtera,

Blog ini merupakan suatu blog matlumat dan penerangan mengenai infertiliti atau ketidaksuburan. Terdapat banyak matlumat-matlumat sama yang anda boleh perolehi di halaman web lain. Malah bagi tujuan ini, saya telah sertakan pautan-pautan yang anda boleh layari.

Tetapi adalah menjadi harapan saya supaya anda boleh berinteraksi dengan memberi pendapat mengenai sebarang matlumat yang anda perolehi dari blog ini serta berkongsi pengalaman anda masa lalu. Dengan berlakunya pertukaran pengalaman dan pendapat, sudah pastilah ia akan dapat membantu saya dan pasangan lain kelak.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak tanpa sebarang masalah ianya begitu mengembirakan, tetapi terdapat 1 dalam 7 pasangan yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan. Apabila ia terjadi, ia akan menjadi satu tamparan kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Adalah sangat penting untuk anda mendapat matlumat yang tepat supaya doktor pakar dapat menentukan rawatan yang sesuai untuk anda. Di harap blog ini dapat membantu.

Walaubagaimanapun anda perlu diingatkan bahawa matlumat di blog ini hanya sekadar membantu anda sahaja. Anda perlu merujuk kepada doktor pakar untuk merawat anda.

Selamat melayari blog ini.

Dr Suhaimi Hassan MD(UKM) MRCOG, MRCP
Pakar Perunding Ginekologi & Perubatan Reproduksi,
Centre for Assisted Reproduction,
Nottingham,
United Kingdom
www.carefertility.com


FACTS AND MYTHS

Myth: Selalunya pasangan wanita sahaja yang menghadapi masalah infertiliti
Fakta: Bagi pasangan yang mempunyai masalah infertiliti, 40% masalah adalah disebabkan faktor lelaki dan wanita bersama dan ada sebahagianya tidak diketahui punca sebenar.Tidak kira apapun puncanya, pasangan tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan perlu menghadapi bersama.


Myth: Rawatan IVF/ICSI hanya untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
Fakta: Rawtan IVF/ICSI juga digunakan oleh pasangan normal yang tidak mempunyai masalah ketidaksuburan. Antaranya bagi mereka yang mempunyai penyakit keturunan seperti thalassemia melalui proses preimplantation genetic diagnosis.


Myth: Anda gagal sebagai wanita kerana tidak boleh mendapatkan zuriat.
Fakta: Mendapat zuriat tidak bermakna sesaorang itu berjaya dalam hidup dan sebaliknya tidak bermakna pasangan wanita gagal jika tiada zuriat. ANDA PELU MENGHAYATI FAKTA INI.


Myth: Men are less upset by infertility than women
Fact : Big boys dont cry! Men often show less emotion.
Don't make mistake of thinking that men with fertility
problems are not experiencing the same upsetting
emotions that women are.

BERMULA DENGAN LOUISE BROWN.........

HANYA SATU SPERMA DAN TELUR DIPERLUKAN UNTUK DISATUKAN MENJADI ZURIAT.....tetapi ia amat sukar bagi mereka yang mempunyai masalah!

Kelahiran Louise Brown melalui proses Persenyawaan Luar Rahim (IVF) pada 1987 telah membuka lembaran baru dalam dunia perubatan reproduksi. Sejak itu teknik teknik rawatan reproduksi telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Ini diikuti dengan teknik rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) pada tahun 1992 di Belgium bagi pasangan lelaki yang punyai masalah sperma.

Diakhir tahun 90han pula teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) mula berkembang di Britain untuk mengesan dan merawat pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.

Dan akhir sekali pada awal tahun 2000 di Denmark dan Canada, rawatan In Vitro Maturation (IVM) yang berpotensi untuk memberi rawatan reproduksi yang lebih selamat dan murah mula diperkenalkan. Walaubagaimanapun teknik ini masih baru dan memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Pada awal tahun 2007, Louise Brown pula menjadi ibu tanpa sebarang rawatan. Ini juga membuktikan bahawa rawatan teknologi reproduksi berpotensi untuk memberi kesinambungan zuriat antara generasi.......

Sunday, December 16, 2007

PEMBEKUAN SPERMA

Dr Suhaimi Hassan

Sperma telah terbukti boleh bertahan lama setelah dibekukan. Pembekuan sperma bertujuan bagi kegunaan pada masa akan datang. Dengan terhasilnya rawatan ICSI semenjak 1992 di Belgium, kegunaan pembekuan sperma telah diperbagaikan dan menjadi lebih penting.

Ia dibekukan untuk beberapa sebab:

1) Sebelum rawatan kanser: Oleh kerana taraf kesihatan negara telah meningkat, jangka hayat juga meningkat. Akibatnya kemungkinan untuk mendapat kanser adalah satu dalam tiga orang sepanjang jangka hayat. Kanser juga boleh terjadi pada peringkat remaja seperti barah darah, leukemia dan barah buah zakar atau seminoma. Oleh kerana tahap rawatan juga meningkat maka kemungkinan sembuh selepas rawatan sangat tinggi.

Malangnya, rawatan kanser selalunya melibatkan radioterapi dan kemoterapi yang boleh memudaratkan pembentukan sperma dan mungkin juga boleh terus menyebabkan pesakit tidak lagi berupaya membentuk sperma.

Bagi remaja lelaki yang akan mendapat rawatan kanser, doktor selalunya menasihati untuk membekukan sperma-sperma untuk kegunaan akan datang selepas sembuh kelak atau apabila sudah punyai pasangan. Tempuh pembekuan sperma tidak punyai had masa tertentu tetapi anda perlu berbincang dengan doktor anda. Ini adalah kerana setiap hospital punyai polisi tertentu tentang jumlah tempuh tahun pembekuan sperma anda.

2)Masalah ejakulasi: Lelaki yang punyai 'retrograte ejaculation' atau punyai masalah ejakulasi akibat masalah kesihatan (seperti diabetes), mereka boleh juga diberi pilehan untuk membekukan sperma.

3)Semasa pembedahan buah zakar: Bagi lelaki yang tidak punyai sperma secara normal atau azoospermia, sperma sperma boleh diperolehi melalui pembedahan dan kemudianya dibekukan.

4)Lumpuh: Lelaki lumpuh akibat kemalangan yang melibatkan kerosakan saraf tulang belakang, sperma mereka boleh diperolehi secara pembedahan dan dibekukan.

Walaupun sperma boleh dibekukan dengan baik, anda harus faham bahawa terdapat kemungkinan kecil sperma-sprema yang telah dibekukan tidak lagi sesuai digunakan apabila ia di keluarkan dari pembekuan. Bagi pasangan wanita pula, mereka harus faham bahawa walupun tidak mempunyai masalah ketidaksuburan, selalunya mereka perlu menjalani rawatan IVF/ICSI apabila sperma yang telah dibeku digunakan kelak.

1 comment:

Anonymous said...

Benefits of Merkur's Merkur Futur Safety Razor
If your need 바카라 is to choose whether or not you would like to use the Merkur Futur 메리트카지노총판 Safety Razor 샌즈카지노 for a longer or a longer handle, Merkur is not the best choice