PENGENALAN

Salam sejahtera,

Blog ini merupakan suatu blog matlumat dan penerangan mengenai infertiliti atau ketidaksuburan. Terdapat banyak matlumat-matlumat sama yang anda boleh perolehi di halaman web lain. Malah bagi tujuan ini, saya telah sertakan pautan-pautan yang anda boleh layari.

Tetapi adalah menjadi harapan saya supaya anda boleh berinteraksi dengan memberi pendapat mengenai sebarang matlumat yang anda perolehi dari blog ini serta berkongsi pengalaman anda masa lalu. Dengan berlakunya pertukaran pengalaman dan pendapat, sudah pastilah ia akan dapat membantu saya dan pasangan lain kelak.

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai anak tanpa sebarang masalah ianya begitu mengembirakan, tetapi terdapat 1 dalam 7 pasangan yang akan menghadapi masalah ketidaksuburan. Apabila ia terjadi, ia akan menjadi satu tamparan kepada pasangan suami isteri yang terlibat.

Adalah sangat penting untuk anda mendapat matlumat yang tepat supaya doktor pakar dapat menentukan rawatan yang sesuai untuk anda. Di harap blog ini dapat membantu.

Walaubagaimanapun anda perlu diingatkan bahawa matlumat di blog ini hanya sekadar membantu anda sahaja. Anda perlu merujuk kepada doktor pakar untuk merawat anda.

Selamat melayari blog ini.

Dr Suhaimi Hassan MD(UKM) MRCOG, MRCP
Pakar Perunding Ginekologi & Perubatan Reproduksi,
Centre for Assisted Reproduction,
Nottingham,
United Kingdom
www.carefertility.com


FACTS AND MYTHS

Myth: Selalunya pasangan wanita sahaja yang menghadapi masalah infertiliti
Fakta: Bagi pasangan yang mempunyai masalah infertiliti, 40% masalah adalah disebabkan faktor lelaki dan wanita bersama dan ada sebahagianya tidak diketahui punca sebenar.Tidak kira apapun puncanya, pasangan tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain dan perlu menghadapi bersama.


Myth: Rawatan IVF/ICSI hanya untuk pasangan yang mempunyai masalah ketidaksuburan.
Fakta: Rawtan IVF/ICSI juga digunakan oleh pasangan normal yang tidak mempunyai masalah ketidaksuburan. Antaranya bagi mereka yang mempunyai penyakit keturunan seperti thalassemia melalui proses preimplantation genetic diagnosis.


Myth: Anda gagal sebagai wanita kerana tidak boleh mendapatkan zuriat.
Fakta: Mendapat zuriat tidak bermakna sesaorang itu berjaya dalam hidup dan sebaliknya tidak bermakna pasangan wanita gagal jika tiada zuriat. ANDA PELU MENGHAYATI FAKTA INI.


Myth: Men are less upset by infertility than women
Fact : Big boys dont cry! Men often show less emotion.
Don't make mistake of thinking that men with fertility
problems are not experiencing the same upsetting
emotions that women are.

BERMULA DENGAN LOUISE BROWN.........

HANYA SATU SPERMA DAN TELUR DIPERLUKAN UNTUK DISATUKAN MENJADI ZURIAT.....tetapi ia amat sukar bagi mereka yang mempunyai masalah!

Kelahiran Louise Brown melalui proses Persenyawaan Luar Rahim (IVF) pada 1987 telah membuka lembaran baru dalam dunia perubatan reproduksi. Sejak itu teknik teknik rawatan reproduksi telah berkembang dengan begitu pesat sekali. Ini diikuti dengan teknik rawatan Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) pada tahun 1992 di Belgium bagi pasangan lelaki yang punyai masalah sperma.

Diakhir tahun 90han pula teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD) mula berkembang di Britain untuk mengesan dan merawat pasangan yang mempunyai penyakit keturunan.

Dan akhir sekali pada awal tahun 2000 di Denmark dan Canada, rawatan In Vitro Maturation (IVM) yang berpotensi untuk memberi rawatan reproduksi yang lebih selamat dan murah mula diperkenalkan. Walaubagaimanapun teknik ini masih baru dan memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Pada awal tahun 2007, Louise Brown pula menjadi ibu tanpa sebarang rawatan. Ini juga membuktikan bahawa rawatan teknologi reproduksi berpotensi untuk memberi kesinambungan zuriat antara generasi.......

Thursday, December 13, 2007

KANDUNGAN LUAR RAHIM

Dr Badrulzaman Abdullah MBBS, MRCOG, FAGE
Pakar Perunding Obstetirk & Ginekologi
Hospital Sultanah Fatimah
Muar,
Johor

Kandungan Luar Rahim ( Ectopic pregnancy ). Apa yang anda perlu tahu .


Apa sebenarnya kandungan luar rahim ?

Ini bermaksud embrio atau kandungan melekat dan membesar di tempat selain daripada dinding dalam rahim.Berikut di perjelaskan lagi peringkat peringkat awal pembesaran kandungan untuk kefahaman anda.


Kandungan normal

Pada lazimnya pada setiap kitaran haid , ovulasi berlaku dimana telur yang matang akan dikeluarkan dari ovari. Melalui proses ejakulasi semasa hubungan seks, sperma lelaki akan dikeluarkan dan bertemu dengan telur disaluran fallopian. Persenyawaan berlaku disaluran fallopian dan embrio yang dihasilkan akan bergerak menuju rahim dan pembesaran embrio terus berlaku.

Kandungan luar rahim ( ectopic pregnancy )

Embrio yang terbentuk dalam saluran fallopian tidak bergerak menuju rahim tetapi akan melekat pada saluran fallopian atau tempat lain. Sembilan puluh peratus kandungan luar rahim berlaku pada saluran tiub. Dalam kes kes terpencil , kandungan luar rahim boleh juga berlaku pada ovari.

Secara amnya , kandungan luar rahim ini tidak boleh membesar kerana keadaan persekitaran yang tidak sesuai .Paling membimbangkan ialah risiko pendarahan dalaman akibat salur tiub yang pecah. Jika tidak dikesan, ia boleh mengakibatkan maut. Namun , dengan kaedah rawatan moden yang ada , insyaallah risiko ini dapat dikesan pada peringkat awal sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Apakah faktor penyebab wanita berisiko untuk kandungan luar rahim ?

1. Saluran fallopian abnormal – ini selalunya berkaitan dengan jangkitan penyakit kelamin seperti infeksi Chlamydia. Infeksi ini boleh menyebabkan saluran fallopian mungkin tersumbat akibat pembekakan.

2 Mereka yang pernah mengalami kandungan luar rahim sebelumnya

3.Rawatan kesuburan ( IVF ) – wanita yang menjalani rawatan bayi tabung uji , berkemungkinan mengalami kandungan luar rahim sebanyak 3% jika dibanding dengan 0.5% bagi pasangan yang tidak mengguna kaedah IVF

4.Bagi mereka yang telah menjalani ‘ sterilization ‘ ( saluran tiub diikat ) , ia bertujuan untuk mengelakkan kandungan.. Tetapi kaedah ini berkemungkinan gagal dalam 1 setiap 200 kes. Bagi yang gagal kemungkinan mendapat kandungan luar rahim adalah tinggi.

5. Bagi wanita yang mengunakan kaedah alat dalam rahim sebagi merancang keluarga, mereka juga punyai risiko untuk kandungan luar rahim.


Apakah tanda tanda awal kandungan luar rahim ?

Ini termasuk tiada haid selama 2-3 bulan ,sakit bahagian perut dan ari ari dan pendarahan dari faraj boleh berlaku.Walau bagaimanapun sehingga 50 peratus kandungan luar rahim tidak mempunyai tanda tanda berikut sehinggalah pendarahan dalaman berlaku.Jika ini berlaku ,mereka boleh mengalami kesakitan perut berterusan , pening , tekanan darah rendah dan pendarahan dari faraj yang banyak.

Bagaimana kandungan luar rahim dapat dikesan ?

Tanda-tanda klinikal serta penggunaan alat ultrasound beserta ujian darah mengesan hormon beta HCG dapat membantu untuk mengesan kandungan luar rahim.

Rawatan kandungan luar rahim.

Ini bergantung kepada beberapa perkara..

1. Rawatan ubat methotrexate.

Rawatan ini sesuai sekiranya kandungan luar rahim itu tidak pecah dan masih diperingkat awal. Cara ini dapat mengelakkan risiko pembedahan dan risiko bius. Ia tidak menimbulkan kesukaran untuk mengandung dimasa akan datang. Namun begitu , rawatan ini memerlukan pesakit tinggal dihospital kerana risiko untuk kandungan luar rahim ini pecah dan pendarahan dalaman berlaku masih ada. Tahap beta HCG dan pemeriksaan ultrasound berturutan perlu dilakukan selepas pemberian ubat methotrexate. Ubat ini bertujuan untuk menghentikan pembentukan sel sel baru da menghalang pembesaran janin. Kebanyakan pesakit yang menerima rawatan ini akan berjaya dirawat tanpa memerlukan rawatan pembedahan lanjutan.

2. Rawatan pembedahan

Cara ini selalunya dilakukan apabila disyaki sudah berlaku pendarahan dalaman. Pesakit selalunya mempunyai sakit perut berterusan , tekanan darah rendah , pengsan dan kadang kala sakit pada bahagian bahu.Pembedahan boleh dilakukan melalui cara laparoscopik atau secara pembedahan konvensional . Cara pilehan pembedahan bergantung kepada keadaan pesakit, kepakaran serta kemudahan yang ada.

Bolehkah saya mengandung lagi ? Mungkinkah keadaan ini berulang ?

Kajian menunjukkan peluang untuk mengandung normal setelah rawatan pembedahan sangat menggalakkan iaitu 70 peratus. Walaupun ia berkemungkinan berulang sekiranya mengandung lagi , tapi keadaan ini selalu berlaku disekitar 10 – 15 peratus. Wanita yang pernah alami kandungan luar rahim selalunya dinasihatkan melakukan ujian ultra sound pada peringkat awal kandungan. Ia bertujuan untuk mengesan pada peringkat awal jika ia berlaku lagi


No comments: